Sejarah
Malaysian Research & Education Network
SEJARAH
Penubuhan Malaysian Research and Education Network (MYREN) bermula semasa mesyuarat Kabinet yang diadakan pada 30 Julai 2003 di mana keputusan telah dicapai untuk menawarkan Malaysia sebagai Pusat Serantau Asia Tenggara bagi rangkaian Trans-Eurasia Information Network (TEIN / Asi@Connect) dan membangunkan rangkaian penyelidikan tempatan iaitu Malaysian Research and Education Network. MYREN telah dilancarkan secara rasmi pada Mac 2005 di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) dan diuruskan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sehingga Jun 2009. Kemudian, pengurusan project MYREN mengalami beberapa fasa perubahan dalam beberapa kementerian seperti berikut:

Fasa Myren

Mac 2005 - Jun 2009


Julai 2009 - Disember


2011 - 2012


2013 - 2014


2015 - 2017


2018 - Februari 2020


Mac 2020 Hingga Sekarang

Fasa Myren

Mac 2005 - Jun 2009


Julai 2009 - Disember


2011 - 2012


2013 - 2014


2015 - 2017


2018 - Februari 2020


Mac 2020 Hingga Sekarang


TRANSISI PENGURUSAN
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah dilantik oleh kerajaan pada tahun 2004 sebagai agensi pelaksana projek MYREN untuk tempoh dua (2) tahun sehingga 2006. Fungsi MDEC sebagai pelaksana projek MYREN kemudiannya diperluaskan sebagai pengurus projek dan perunding pada tahun 2006 untuk tempoh sehingga 2015. MDEC juga ditugaskan untuk memantau dan menyelenggara rangkaian MYREN melalui pusat operasi rangkaian MYREN (MYREN NOC) yang berpusat di pusat data MYREN Point of Presence (POP) di Cyberjaya sejak 2005. Selain itu, MDEC turut mengambil peranan menjalankan program latihan teknikal untuk komuniti MYREN dan juga sebagai wakil kementerian untuk kerjasama antarabangsa. Pengurusan MYREN NOC kemudiannya dipindahkan ke MYREN Network Sdn Bhd secara kontrak bermula tahun 2018 hingga sekarang