Zss 24ap 004

Bengkel latihan teknikal  ini telah dijalankan pada 24 April sehingga 26 April 2026 bertempat di Grand Margherita Hotel, Kuching, Sarawak. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kemahiran teknikal kepada pentadbir rangkaian Zon Sabah dan Sarawak yang terlibat bagi mengawal selia rangkaian MYREN di institusi masing-masing.

Sebanyak 40 jemputan kepada pentadbir rangkaian telah dihantar melalui e-mel pada 24 Mac 2026. Program tersebut telah disertai seramai 45 peserta merangkumi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaku pentadbir MYREN, pentadbir rangkaian serta wakil Telekom Malaysia (TM).

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *