Sesi libat urus ini telah dijalankan pada 4 Februari 2026 bertempat di Aloft Kuala Lumpur Sentral. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kemahiran teknikal kepada pentadbir rangkaian Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terlibat bagi mengawal setia rangkaian MYREN di institusi masing-masing.
Sebanyak 37 jemputan kepada pentadbir rangkaian UiTM telah dihantar melalui e-mel pada 14 Januari 2026. Program tersebut telah disertai seramai 50 peserta merangkumi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaku pentadbir MYREN, pentadbir rangkaian UiTM, serta wakil Telekom Malaysia (TM).





No comment